Saturday 22 May 2010

Selingan...

Ada ada dua kisah :

Kisah 1

Matanya kuyu menahan asyik. Suatu keluhan kecil terpancul dari mulutnya yang agak ternganga itu. "Aaahhh...". Dia semakin tidak tahan. Geli-geleman seluruh tubuhnya. Naik bulu-bulu romanya kerana keghairahan. "Uuuhhh...", dia mendesah. Semakin dalam tujahannya semakin asyik. Namun kemudiannya apabila dia menyedari ada mata yang melihat, dia terpaksa berhenti. Dia merasa agak terkilan...tengah syok, terpaksa berhenti la pulokkk. Tapi apakan daya....hajatnya tidak mungkin akan kesampaian.

Apa pulak kata orang nanti, seorang eksekutif yang berpakaian segak mengorek hidung di tengah khalayak! Ceh...sungguh kurang sopan, kan?



Kisah 2

Dia menaiki tangga perlahan-lahan. Hatinya tidak keruan. Suara lelaki itu jelas kedengaran. "Siapa pulak dalam rumah aku ni?" getus hatinya. "Ros ni bawak jantan balik rumah ke??" geromalnya lagi. Sesampai di atas, dia memasang telinga di luar pintu bilik Ros. "Bang...tarik pelan-pelan, bang. Sakit! Aaahhh..." mendayu suara Ros didengarinya. Hatinya semakin berdebar-debar. "Sabarlah sayang...tahan sikit je. Lubang ni kecik...dah masuk dalam sangat ni. Abang cuba tarik pelan-pelan ya", suara lelaki itu menerjah ke dalam telinganya. Matanya buntang mendengar suara lelaki itu. Sah! Si Ros ni buat maksiat dalam rumah! Lalu dia pun menerkam masuk ke dalam bilik Ros. Kemudiannya dia ternganga...

Ros berada di dalam toilet, dengan sebelah kakinya berada di dalam lubang toilet tu. Ikram, buah hati si Ros pula sedang melutut di lantai, cuba untuk menarik keluar kaki Ros. Mereka terperanjat dengan kehadirannya yang secara melulu itu. Dia kemaluan sendiri....

Gambar gajah ni sekadar hiasan. Tak ada kena-mengena pun dengan dua kisah ni...

(Itulah...lainkali jangan suka buruk sangka dengan orang...)



Originally by: Yours Truly, Zade.

No comments: