Tuesday 18 May 2010

Ikhlas Ni...

Bila tanggungjawab menjadi kewajipan dan kewajipan menjadi tanggungjawab, maka hilanglah ghairahnya.

Statement kat atas tu bukan je menjurus kepada layanan seksual seorang isteri/suami kepada suami/isterinya...tetapi juga menjurus kepada seorang pekerja, seorang penuntut, penjawat awam, Doktor, Misi / Jururawat, dsb. Dalam banyak keadaan bila sesuatu itu telah menjadi tanggungjawab, maka secara automatiknya 'sesuatu' tu menjadi berat untuk dilaksanakan. Contohnya, seorang penulis. Bila dia menulis kerana minat...maka dia akan menjadi sangat ghairah untuk menulis. Ada-ada je idea dia nak tulis apa. Dan ada-ada je cara dia nak bermain dengan kata-kata. Sampai kekadang terlopong mulut orang yang membacanya (I wish my reader would be like this...heh) dan ada masa terpele'ot (terseliuh) otak orang tu memikirkan apa maksud di sebalik tulisannya tu. Tetapi, katalah dia 'disunting' oleh sebuah akhbar. Maka dia perlu menulis mengikut dateline yang diberi....dan sekarang itu sudah menjadi tanggungjawab dia & adalah suatu kewajipan baginya untuk menghantar tulisannya mengikut dateline yang diberi. Lama-kelamaan...hilanglah ghairah dalam penulisannya tu.

Begitu juga dengan seorang pelajar. Katalah dia ni memang minat giler dengan Maths. Tiap kali masuk kelas Maths je dialah orang yang paling bersemangat. Kalkulator tak cukup satu. Sampai dua, tiga dibawaknya. Duduk pulak kat seat yang paling depan sebab senang nak dengar apa Cikgu cakap & mudah nak tengok apa Cikgu tulis kat depan. Dapat tempias2 air liur Cikgu tu pun dikira sebagai 'ambik berkat'. Sekali, bila time exam...dia diberi satu tugas yang berat. Iaitu untuk score markah yang paling tinggi sebab sekolah nak buat rekod baru dalam sejarah pembelajaran daerah. Automatiknya dia jadik pressure. Sebab dah diberi tanggungjawab. Dan dengan sebab pressure tu, dia pun jadi kurang berminatlah dah dengan Maths. So, hilanglah keghairahannya.

Maka begitu jugalah senarionya dengan hubungan kelamin....tak yah la aku cerita details kat sini. Kang ada budak2 di bawah umur yang membaca ni kang, dah satu kerja lak aku nak kena explain kat mak ayah dia, kenapa aku tulis benda2 'tak senonoh' dalam Blog aku. Sorry der...yang ni korang kena figure out sendirilah ya.

What I mean to say is...dalam kebanyakan masa, bila seseorang tu dipertanggungjawabkan dengan sesuatu, ia akan membuat dia berada dalam satu 'kurungan'...satu batasan...yang akan menghalang dia untuk membuat sesuatu tu dengan kerelaan hati dia.

So...macamana nak mengelakkan dari hilang ghairah tu? Dengan membuat hati kita IKHLAS. Ikhlas, bukan kerana kita nak tolong orang. Ikhlas bukan kerana kita nak suami/isteri tu dengar cakap kita atau sayang kita lebih. Ikhlas bukan kerana kita nak cikgu-cikgi tu favour kita dan bagi markah best2 pada kita....Dan ikhlas, bukan kerana kita menginginkan syurga Allah. Ikhlas itu dalam ertikata yang sebenarnya...iaitu "TIDAK MENGHARAPKAN APA-APA BALASAN". Kerana hanya dengan keikhlasan yang hakiki sahaja maka hati kita akan mendapat ketenangan yang sejati. Dan dengan itu, apa saja yang dipertanggungjawabkan kepada kita, apa saja kewajipan yang perlu kita laksanakan...maka ianya tidak akan mendatangkan kegusaran kepada kita.

Hayatilah ayat ini:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang:
"Katakanlah "Dialah Allah, Yang Maha Tunggal". Allah adalah tumpuan segala harapan. Dia tidak melahirkan dan tidak pula dilahirkan. Dan tidak ada seorang pun yang menyerupaiNya." - Surah Al-Ikhlas : 1-4.

No comments: