Friday 7 May 2010

Ilmu Itu Pelita Hidup

Ramai orang tak faham ayat tu...ramai yang ingat ilmu tu cuma boleh didapati kalau pegi sekolah atau kalau ge belajar tinggi-tinggi. Ramai yang ambik kesempatan untuk tidak menuntut ilmu dengan alasan 'tak ada duit' atau 'malas nak ge sekolah' atau 'tak suka tengok muka cikgu' atau 'nak tolong mak cari duit'. Soalnya, apakah ilmu itu cuma boleh didapati di sekolah atau institusi pengajian tinggi?

No doubt, ilmu yang kita dapat di sekolah tu adalah lebih teratur dari ilmu yang kita dapat dari luar sekolah. Tapi berapa peratus je ilmu yang kita belajar kat sekolah dan IPT tu yang kita 'apply' dalam kehidupan kita? I would say it's only about 20% - 30%....unless bidang kerjaya kita sekarang ni memang sangat berkaitan dengan benda yang kita belajar. Contohnya seorang Engineer...tentulah dia akan apply ilmu yang dia dapat masa kat IPT, dalam bidang kerja dia. But then again, berapa peratus? Sebab kita tau most of the time yang diajar kat sekolah dan IPT hanyalah teori. Praktikal pun sekadar untuk nak memahamkan kita kepada teori... Hanya bila kita dah bekerja dan kita apply teori & praktikal tu baru kita tau apa sebenarnya. Dan ada masanya kita keliru sebab apa yang kita belajar dulu dan kehendak di tempat kerja adalah sangat berlainan.

Berbalik pada topik...Ilmu Itu Pelita Hidup. Kalau tak silap aku ini congankata sekolah aku dulu. Dan aku memang kagum dengan congankata ni. Ia bermaksud, kalau seseorang itu berilmu, maka teranglah jalan hidupnya. Maka tak kiralah samada ianya ilmu yang diperolehi secara formal mahupun tak formal. Hanya saja, ilmu tu dipraktikkan... Ada orang kata "Knowledge is Power". Tapi sebenarnya "Applied Knowledge is Power". Sebab kalau kita dapat satu-satu ilmu dan kemudiannya kita perapkan kat dalam hati...tak nak ajar pada orang malah kita sendiri pun tak guna ilmu tu...then what's the use kan? Lebih kurang sama macam kita ada duit tapi duit tu kita tak guna...simpan dalam peti besi je.

Aku dah tengok banyak keadaan di mana orang yang berakal tapi tak nak gunakan akal dia untuk mencari ilmu. Kemudiannya menyalahkan takdir kerana kononnya dia dah ditakdirkan untuk hidup susah.

Ilmu ada di mana-mana...hanya saja kita membuka mata, membuka hati dan membuka fikiran kita untuk menerimanya. Manusia diberi akal fikiran supaya kita mencari ilmu agar nanti tidaklah kita bergantung harap pada orang lain. Pernah tak kita tengok ada orang yang mengemis di tepi-tepi jalan, yang cukup sempurna sifatnya, yang masih lagi tegap badannya...dibandingkan dengan orang yang kurang upaya, yang kurang sifatnya yang boleh menjaja ke sana ke sini...? Atau pernah tak kita tengok kawan-kawan kita, yang dulunya masa sekolah memang terror giler...straight A's je memanjang tetapi hidupnya lebih kurang je. On the other hand ada kawan-kawan kita yang selalu flunk dalam exam...SPM pun tak pas, tapi sekarang ni jadi tauke besar. Contohnya macam Bills Gates, yang tak habis kolej. Atau Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, yang ge sekolah cuma takat darjah 6.

The thing is...adakah semestinya untuk menjadi orang yang berilmu tu kita mesti kena pegi sekolah? Now, don't get me wrong here okay. Bukan maksudnya aku nak galakkan orang untuk tidak pergi sekolah....Maksud aku kat sini ialah, apakah seseorang yang tak pas periksa, tak boleh nak ke sekolah sebab kemiskinan dan malas nak ke sekolah tu...perlu menafikan hak mereka untuk menuntut ilmu? Apakah mereka ini, apabila tidak pergi ke sekolah, boleh pegi melepak dengan kawan-kawan kat shopping-shopping complex, berkawan dengan samseng meragut beg orang, mencuri motorsikal dan menghisap dadah? Tidakkah mereka ini boleh mengambil inisiatif sendiri untuk belajar cara nak hidup....yang betul? Contohnya berniaga ke...walaupun secara kecil-kecilan. Belajar agama ke...belajar jadi mekanik ke (walaupun permulaannya cuma kerja menyusun tayar kat bengkel)...

Pada aku, apa yang boleh menghalang kita dari menuntut ilmu hanyalah apabila kita hilang akal. Bila kita ni dah tak boleh berfikir...dah tak waras...Itupun, kalau kita perhatikan betul-betul, dari orang yang kurang waras ni pun kita boleh belajar juga.

Fikir-fikirkanlah...







No comments: