Friday 21 May 2010

Bloggin'...Why I Did It

Don't feel like in the mood for anything. Just bersantai-santai gitu, even tho' there're tons of things to do around da house. Luckily the two kids are not such a hassle today. Took the time to check on my Facebook and made some comments on friends' updates. 'Met' another friend today...apparently we were in the same class masa Standard 3! Mak ai...camana aku nak ingat tu? Dia kata dia selalu tengok aku masa tu tapi segan nak tegur...kononnya masa tu aku la budak yang paling glamer kat sekolah. Perghh...perasan la kejap acik ni. And he's a non-Malay, ok. But aku tak kisahlah, aku memang bangga dengan zaman sekolah aku dulu sebab kitorang dah praktis 1Malaysia tu sejak dulu lagi.

Dan dari situ ler aku banyak belajar bertutur dalam bahasa Inggeris. So bila ada sorang selibriti ni kata dia tak pandai cakap orang putih sebab dia sekolah kampung, aku cukup tak setuju ler. Sebab kampung dia tu, kampung aku gak. Apasal aku & adik-beradik & sepupu-sepapat aku okay je cakap orang putih...Huuu...Lain padang lain belalang kan.

Anyway, back to the topic. Dalam dua tiga hari ni aku belajar banyak benda-benda baru tentang dunia Blog. Memang sejak dulu aku dah tau dunia Blog ni berbagai-bagai dan dah makin ramei orang menerjunkan diri diorang ke dunia Blog ni...yang terjun tiruk ada...yang benam kepala dulu je (cam aku neh) pun ada juga. Dan dah ada gak yang kaya-raya dengan Blogging, jadik selibriti gitu. Tapi dua tiga hari ni aku belajar sikit-sikit tentang the technicalities of blogging dan jargons (terms) yang digunakan dalam dunia blog such as the stages of blogging & tips-tips blogging...dan apa ke benda 'blogwalking'...'follow & link' tu. Ni semua aku dapat dari dua blog yang baru jek aku 'follow' - Carl Samsudin & Kueh Tart.

Aku rasa itu semua satu kaedah 'networking' la. Objektif & tujuan orang follow / link blog-blog lain tu pun ada berbagai-bagai...sama la macam orang dok 'add' kita kat Facebook tu. Ada yang memang betul nak jadik kawan kita, nak kenal kita; ada yang nak 'spy' kita punya info & gambar; ada yang nak 'skodeng' apa kita buat masa tu; ada lak yang sesaja nak add sebab nak tambahkan bilangan 'friends' dia...ada jugak yang nak ambik kesempatan promo bisnes dia. Pendek ceta segala macam sebablah. Rambut pun dah tak sama kaler...inikan pulak hati masing-masing kan?

Hmm..interesting kan. So aku ni kategori yang mana eh? Tah la...aku rasa kalau tak masuk dalam kategori mana-mana pun tak per kot. Memang sejak dulu aku cuba untuk larikan diri dari mengikut-ikutan...kalau boleh aku nak menjadi diri aku sendiri...ikut style aku sendiri, biarpun style aku tu tak boleh diterima dek orang khalayak, tak kisahlah...yang penting I believe in me. So bila aku start semula blog aku ni (yang dah aku buat sejak 2008 sebenarnya tapi kemudian 'pengsan' sekejap) aku tak refer pun pada mana-mana Blog yang ada. Malah aku tak jadik follower mana-mana Blog pun sebelum tu. Dua Blog yang aku sebut tadi tu pun baru jek aku follow sebab aku tengok cara penyampaian diorang memang boleh masuk dengan kepala otak aku yang dah berkarat neh.

Niat aku buat Blog ni sebenarnya bukan untuk nak dapat nama...atau nak jadi 'fames'. Bak kata Ramli Sarip dalam lagu dia "...aku menulis bukan kerna nama..." itulah dianya. Yang aku harapkan ialah agar ada anak-anak muda di luar sana yang membaca tentang sejarah hidup aku & belajar dari apa yang aku tulis. Sebab aku rasa generasi baru ni semakin hilang jejak akar umbi, adat-resam & kekeluargaan. Sapa-sapa yang masih mengekalkan semua tu, memang aku respek giler la (giler pun tak respek macam ni). Dan aku nak berkongsi apa yang aku belajar tentang hidup sepanjang aku mula pandai berfikir dan memerhati. Tak semestinya apa yang aku tulis tu betul dan tak semestinya salah. Terpulang pada penerimaan masing-masing.

Masa aku muda-muda dulu aku suka melepak kat Central Market. Untuk apa? Untuk memerhati gelagat orang...'human watching'. Paling aku suka tengok kasut yang diorang pakai. Sebab melalui kasut pun kita boleh agak karekter orang tu macamana. Sambil tu aku berkawan dengan mat-mat hustler kat situ...yang selalu jamming. Banyak yang aku belajar dari diorang. Then aku berkawan juga dengan mat-mat dispatch, walaupun masa tu aku bertaraf 'eksekutif' sebab aku tengok diorang ni lebih 'down to earth' & approach diorang lebih real daripada eksekutif-eksekutif lain yang aku kenal masa tu, yang kebanyakannya spesis hipokrit. Jadi pengalaman-pengalaman macam ni la yang aku nak kongsikan. It's not the story that matters, it's the things that we can learn from the stories that matters most. Sometimes you may need to read between the lines to understand.

Dan aku juga nak simpan semua koleksi posting aku ni sebagai pusaka untuk dua orang anak aku yang masih kecil tu. Terus-terang, aku tak tau hayat aku ni sampai bila....Dan masih banyak yang perlu aku didik diorang. So hopefully, posting-posting aku ni dapat la 'menggantikan' tempat aku satu masa nanti.

Alhamdulillah, so far aku mendapat feedback yang menggalakkan dari kengkawan aku. Mostly diorang kata sedih baca postings aku. But that's the fact of life. Kalau korang tengok postings aku sebelum-sebelum ni korang akan nampak ada masa-masa yang menggembirakan dan ada masa-masa yang mendukacitakan. 'Cause dalam hidup kita ni pun kita akan melalui episod-episod yang sama...kehilangan orang-orang yang kita sayang, frust bencinta, frust dalam kerja, seronok bencinta, seronok bekerja, seronok berkawan, bergaduh dengan kawan...dsb. Sebenarnya ada banyak lagi benda yang belum aku kongsikan so stay tuned.

Just that aku nak inform korang la yang aku ni memang suka tulis panjang-panjang. Satunya, aku takut ayat aku tu disalah-tafsir dan satu lagi, cara penulisan aku tu lebih kurang sama macam aku bercerita dengan korang face-to-face (walaupun sebenarnya aku ni bukanlah orang yang suka sangat nak bercakap. Hu hu hu). That's why I posted only one or two per day. Jadi aku advice korang supaya baca posting aku during your free time.

So, happy reading guys! Carpe diem, baby...

2 comments:

Unknown said...

terima kasih kepada kak zade kerana me link kan blog saya..terharu rasa bila blog saya yang picisan tu di link kan disini..terasa dihargai.

Mengenai apa yang akak pelajari (mungkin) dari blog saya,ingin saya kongsi kan dengan akak satu entry saya yang lama..

http://www.kuehtart.com/2010/04/kenapa-kau-follow-sesuatu-blog-itu.html

disitu saya mempersoalkan kembali kepada sesiapa yang sudi membaca blog saya mengapa kita follow sesuatu blog itu?

Dalam blogging,apa yang saya belajar,setiap apa yang kita nak cerita,kita tanya diri kita dulu,sebab apa kita blogging?apa yang kita nak sampaikan?bagaimana market diri kita pada pembaca semua??

saya bukanlah orang yang layak memberi tunjuk ajar atau sebarang teguran..tapi setelah saya amati beberapa penulisan akak didalam blog ini,saya dapat fahami apa yang akak cuba sampaikan..

mungkin sebab bak kata akak akak blogging ni terjunnya kepala jatuh dulu ye?so macam akak kurang arif tentang cara penulisan blog ni..saya juga mula2 macam ni juga..tapi setelah kenal ramai blogger2 lama yang sudi berkongsi ilmu,alhamdulillah banyak perkara baru yang saya pelajari..

Jadi saya rasa apalah salahnya saya berkongsi sedikit ilmu tentang blogging yang saya tahu ni.jadi saya akan berkongsi sedikit dan saya harap akak buatlah ye..untuk kebaikan blog ni juga.

1.gambar.
Blog akak kekurangan attention grabber.jika akak sendiri perhatikan blog akak,ia saling tak tumpah seperti artikel dari wikipedia ataupun buku teks.jadi saya rasa ada baiknya akak letakkan gambar yang berkaitan dengan entry supaya tak lah bosan orang baca.(gambar yang sedia ada dalam gambar ni nice,tapi cuba kasi besar sikit?)

2.Panjang.
Entry akak semuanya panjang2..saya rasa ada baiknya akak pendekkan sedikit penulisan entry akak...jika banyak yang mahu diceritakan,jadikannya beberapa bahagian.akak memang perlu pendekkan entry akak..susah nak cari orang yang betul2 nak baca entry kita sampai habis..biasanuya pun orang baca sekali lalu sahaja..

3.Justify..justify kan penulisan tu agar ia nampak kemas..

saya rasa itu saja setakat ini..jika ada apa 2 yang saya nampak saya akan bagitahu..saya akan sokong blog akak ni..terima kasih..

Cheers,
Sendra,
CEO Kueh Tart.

iamzade said...

Hi Sendra,
Thanks bro, for your tips. Insya-Allah akan diperbaiki. Yeah...I know yours ada banyak tips cuma belum tengok habis2an lagi, coz masa agak terhad. And thanks again ya.