Tuesday 25 May 2010

Apa Hobi Anda?

Assalamu'alaikum,
Hari ni kita ceta pasal Hobi eh... Ada orang pernah cakap kat aku, dia tak de hobi. So favorite past-time dia dihabiskan dengan tido atau tengok TV atau layan DVD. Hobi tu apa, sebenarnya? Hobi ni adalah satu aktiviti yang kita buat bukan saja untuk mengisi masa lapang tetapi juga untuk mengasah bakat, meningkatkan daya imaginasi & daya kreativiti kita. Hobi juga boleh membuatkan kita rileks...kalau kita berada dalam keadaan tertekan. Tak dinafikan, dah ramai orang yang beroleh sumber pendapatan yang banyak melalui hobi diorang.

Ini antara hobi aku yang sedang & pernah aku buat:

1. Membaca
Ahh...ini bukan lagi satu hobi bagi aku, tapi dah kira satu kegilaan! Aku memang tak boleh kalau tak membaca dalam satu hari. Kurang-kurang aku mesti baca walaupun 1 mukasurat. Hobi ni mak & ayah aku memang didik sejak kecik lagi, terutamanya ayah aku, yang ada koleksi pelbagai buku cerita sastera & satu koleksi lengkap James Bond.

Membaca ni bukan saja untuk menambahkan ilmu pengetahuan atau setakat untuk mengisi masa lapang, tetapi juga untuk mengembangkan daya pemikiran kita. Bayangkan, kita tak yah pegi luarnegara tapi kita boleh tau tentang sejarah & tempat-tempat menarik di luar sana!

Ini koleksi novel-novel favourite aku. Koleksi aku yang pertama ialah novel-novel Sydney Sheldon. Dalam banyak-banyak ni, paling aku suka ialah 'Papillion'...kisah benar sorang bekas banduan yang cuba melarikan diri dari penjara.


Ini koleksi buku akademik & bantu-diri (self-help). Kita kena pelbagaikan juga bahan bacaan supaya otak kita berkembang & pemikiran pun jadi semakin matang.

Ini koleksi buku anak-anak aku. Ada antara buku-buku yang aku beli sejak bertahun dulu, terutamanya buku koleksi Walt Disney tu...

2. Melukis
Ini satu hobi yang memang aku suka masa dulu. Sebab bila aku melukis, aku akan jadi 'ralit' dan semua rasa resah, gelisah, tension, stress...akan hilang begitu saja. Melukis ni juga akan mendidik kita untuk menjadi seorang yang penyabar.



3. Muzik
Main muzik ni bukan saja boleh dijadikan hobi, tapi boleh juga dijadikan sumber pendapatan. Ngajar orang ke...buat lagu ke...jadi pemusik iringan ke...Dan muzik ni boleh meningkatkan kekuatan otak kanan kita.

Ini ler satu-satunya alat muzik yang aku ada. Pun tak pernah kesampaian nak belajar. Nampak gaya kena hantar Atiqah atau Rafique ler, untuk menyambung impian aku yang tak kesampaian ni...

4. Menjahit, menyulam, mengait..dan yang sewaktu dengannya.
Selalunya hobi ni untuk orang pompuan. Tapi lately ni dah ramai orang lelaki menceburkan diri dalam bidang ni (dan ada yang perform lebih baik lak tu...!).

Ini hasil keras tangan aku yang dah terbengkalai sejak beberapa bulan....memanikkan corak batik.


5. Jungle Trekking / Mountain Climbing
Hobi ni menuntut daya stamina yang tinggi. Dan dalam masa yang sama mengajar kita untuk 'appreciate' nature dengan lebih baik lagi.

Ini la rupa air sungai di Sungai Marong, Taman Negara Endau-Rompin. Kalau korang nak ber'jungle-trekking'...ini satu tempat yang diwajibkan pegi!

Naik bot menyusuri sungai Pahang...menuju ke Taman Negara Pahang. Satu pengalaman yang sangat menakjubkan.

Pengalaman memanjat air terjun Jelawang kat Kuala Kerai, Kelantan. Perghhh...pancit, beb! Tapi menarik, sebab ini kali pertama aku join group trekking ni yang semuanya otai-otai.

6. Bersukan
Sukan ni ada macam-macam jenis. Bukannya sukan bola & belapan je. Aku dulu aktif gak bersukan ni, esp netball & acara padang. Tapi sejak dah beranak-pinak ni, dah tak aktif lagi dah. Aku tak nafikan, bersukan ni memang satu hobi yang sangat bagus...menyihatkan badan!

Berbasikal...dah ramai gak member2 aku yang ada hobi neh. Aku rasa sukan ni memerlukan tahap disiplin tinggi sebab nak kena bangun pagi & nak kena ge training selalu. Aku pernah gak la beli beskal tapi skang neh dah boleh buat scrap metal, beb. Hu hu hu...

Cheerleading...ni tengah top kat sekolah2 kan...Bagus ni sebab selain dari menyihatkan badan, dapat memupuk semangat berpasukan & juga kesukanan.


Scateboarding...ni sukan lasak yang memang aku suka tengok. Bukan senang nak buat dia punya move semua tu...kena ada skill gak tu.

7. Membuat Koleksi
Part ni aku kena share dalam post lain, sebagai bab koleksi ni ada pelbagai yang aku boleh share dengan korang. Sabar ya...


Ada banyak lagi hobi-hobi lain yang korang boleh buat. Contohnya memasak, menari (skang nih tengah hot dengan tarian 'shuffle') dan menulis. Yang penting hobi tu boleh meningkatkan daya kreativiti dan daya imaginasi korang semua. Dan lebih bagus kalau hobi-hobi ni semua boleh mendatangkan sumber pendapatan alternatif. Sekarang ni memang dah nampak, ramai yang dapat income dari hobi-hobi diorang...tengok aje la blog-blog yang ada tu. Jual cupcake la...jual art works la...jual blanket la...

Kalau korang rasa stress, depress, kesepian, kesunyian...aku advice korang to take up a hobby. Serious aku cakap... Lama-kelamaan korang akan rasa rileks. At times, hobby tu akan menjadi satu kegilaan pulak. Tapi kalau jadik macam ni, jangan la salahkan aku plak eh...

So, selamat berhobi!

No comments: