Thursday 13 May 2010

Asal Keturunan & Salasilah Keluarga

Post ni aku tulis dalam bahasa melayu. Kerana ia mengisahkan tentang asal keturunan.

Dalam Harian Metro hari ni melaporkan seorang lelaki baru mendapat tahu bahawa jirannya selama 21 tahun adalah adik tirinya sebelah arwah ibunya. Aku yakin, berita macam ni bukanlah satu perkara baru. Ada berita tentang 'jejak kasih' adik-beradik yang dah terpisah selama 30 tahun baru bertemu semula malah berita tentang adik-beradik tiri yang memang tak pernah kenal antara satu sama lain pun dah selalu kita baca. Kenapa & mengapa semua ni terjadi?

Arwah Nenek aku (Wan) sangat-sangat menitik-beratkan soal asal keturunan ni. Hampir tiap-tiap malam sambil baring-baring kat atas katil, dia akan bercerita tentang sedara-mara. Kadang-kadang aku layan jugalah, antara sedar dengan tidak tu kan... Tapi sayangnya aku masa tu kecik lagi, masih belum berakal...jadi aku jarang nak ambik port apa dia cakap. Arwah selalu marah kalau aku tersalah panggil seseorang tu. "Ini bukan Pak Cik...ini pangkatnya "Abang"...atau "Ini pangkatnya Pak Andak. Jangan suka-suka panggil je"". So selalunya kalau pegi kenduri-kendara aku pun fobia bila nak panggil seseorang tu. Dan sejak kecik lagi aku diajar untuk kenal siapa ahli keluarga aku termasuklah sedara-mara yang aku jarang atau tak pernah jumpa. Pantang dia kalau ada yang nak kawin sepupu. "Darah tak elok" katanya. So kalau nak kawin tu mesti dengan sedara jauh. Arwah akan cerita...tapi biasalah, budak! Mana nak ambik port kan. Kalau aku tau dari dulu aku dah buat buku.

Arwah akan ajar aku...kalau anak kepada adik-beradik, dipanggil 'anak saudara'. Kalau anak kepada sepupu, dipanggil 'anak sepupu'. Anak aku & anak sepupu aku dipanggil 'dua pupu'. Dia pun akan cerita tentang adik-beradik sesusu sebab adik-beradik sesusu ni hukumnya tak batal air sembahyang...malah boleh juga menjadi wali! Mak aku ada sorang adik-beradik sesusu nih. Tarafnya dah sama macam taraf ayah kita. Ho! Jangan men-men. Tujuannya supaya asal keturunan itu tidak hilang atau dilupakan. Tapi aku tengok orang sekarang main taram je "Oh! Itu anak sedara aku"...padahal itu bukanlah anak kepada kakak, abang atau adik dia. Malah ada gak yang main taram je panggil mak sedara dia 'kakak' atau kakak sepupu dia 'mak cik' dan pangkat-pangkat 'Long, Ngah, Uda, Andak, Ucu, Tam, Teh, Lang' dan sebagainya tu semua dah semakin dilupakan. Orang sekarang lebih senang dipanggil 'Uncle' atau 'Auntie' kononnya nak glamer.

Anyway, the point is, kita nak kena bagitau ahli keluarga kita tentang asal keturunan ni supaya kelak nanti tak adalah kes adik kawin dengan abang atau kakak sendiri! Na'uzubillah... Dan ini lebih perlu bila satu-satu keluarga tu adalah sebuah keluarga yang besar...Generasi Kedua je 13...Generasi Ketiga 20....Dan di sinilah letaknya kepentingan diadakan 'Salasilah Keluarga'...seperti Salasilah Keluarga Rasulullah s.a.w yang boleh kita beli kat kedai tu. Sesiapa yang dah start buat Salasilah Keluarga ni, aku respek lah. Memang korang menitik-beratkan asal keturunan. Pada yang belum, aku suggest buatlah dari sekarang. Sebab apa...sebab kita Melayu ni tak ada 'Family Name'...macam keturunan Cina atau Inggeris atau Portugis. Jadi macamana kita nak trace balik asal keturunan kita tu? Lainlah kalau ada 'title' Syed, Syarifah, Tun, Khan, Tuan, Tengku, dsb tu (Sorry eh, 'title-title' ni tak termasuk 'title' Datuk, Datuk Seri, dsb. Itu semua tak boleh diwarisi, beb). Tapi aku tengok ada juga Melayu yang dah mula yang mengaplikasikan nama keluarga kepada anak-anak mereka. Aku respek jugalah kat diorang ni. Syabas!! Keep it up.

Seperkara lagi...sebab poligami! Ramai yang berpoligami secara rahsia. Ikut sangatlah lagu Siti Nurhaliza tu..."Biarlah Rahsia". Haa...tu bila dah meninggal dunia, sapa pun tak tau yang dia pernah berkahwin lain dan ada anak pulak dari hasil perkahwinan tu. So, manalah tau kan bila satu harinya anak dengan bini pertama tu terjumpa dan terjatuh cinta maka terkawin dengan anak bini kedua?? Nama bapak bukannya tak boleh sama kan...? Ada gak member aku yang kawin nama bapak suami & isteri tu sama (tapi diorang bukan adik-beradiklah). Ini nanti kang kalau nak kupas bab poligami, tiga hari tiga malam pun tak habis. So kesimpulannya...kalau takut bini pertama tu tau kau dah berbini lain, kurang-kurang buat wasiat atau buat surat supaya nanti bila kau mati orang tau ada waris-waris yang lain, yang berhak untuk mendapat sebahagian dari harta kau tu (walaupun sikit). Sebab dalam Al-Quran sudah tertulis, hak waris (kerabat) dan anak-anak yatim ini jangan diabaikan....Sila rujuk Surah An-Nisaa' : 6 - 8.

Dan akhir sekali ialah mengenai anak-anak hasil dari hubungan luar nikah....Apa asal keturunan anak-anak ini? Contoh yang banyak kita baca kes 'Haruan makan anak' sampai anaknya tu mengandung (dan ada yang dah melahirkan pun) anak kepada ayahnya sendiri. Maka apa status bayi yang dilahirkan tu...? Adik-beradik ibu yang melahirkannya ataupun 'cucu' kepada ayahnya?? Na'uzubillah!! Dari dua perenggan terakhir ini saja ada banyak yang boleh kita kupas dan kita perbincangkan, ya? Tapi kemudian-kemudianlah saja kita berkisah...aku percaya, dah ramai Bloggers yang menulis tentang perkara-perkara macam ni. So it's nothing new.

Yang nak aku sampaikan di sini ialah....berkisahlah tentang asal keturunan dan salasilah keluarga kita kepada anak-anak. Supaya mereka tahu dan mereka faham bahawa asal keturunan itulah yang akan menjadikan sesuatu bangsa itu kuat dan maju. Dan begitu juga sebaliknya. Dan yang keduanya...berkenal-kenalanlah dengan jiran tetangga. Manalah tau...kot-kot dia tu adik-beradik kita!

No comments: