Thursday 9 September 2010

Tuntutlah Ilmu

Merujuk kepada posting aku yang terdahulu tentang "Ilmu Itu Pelita Hidup"....

Ilmu itu pelita hidup...tak kiralah ilmu agama ke, akademik, memasak, bertukang, berladang atau berkebun...janji kita sentiasa mahu belajar. "Daripada Anas bin Malik r.a. Rasulullah s.a.w bersabda: Menuntut ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim" - hadis riwayat Ibnu Majah & Abu Ya'la. So, janganlah beralasan dalam bab menuntut ilmu ni. Dan jangan pula salahkan orang bila diri sendiri 'ketinggalan'.

Menuntut ilmu tu adalah wajib ke atas setiap insan. Tidak ada alasan mengapa seseorang itu tidak boleh atau tidak mahu menuntut ilmu. Kerana daripada Abu Darda' r.a. Nabi s.a.w bersabda: "Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para nabi. Nabi-Nabi pula tidak mewariskan dinar & dirham. Mereka mewariskan ilmu. Siapa yang mengambilnya ia telah mendapat bahagian yang banyak & sempurna". - Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, Ibn Majah & Ibn Hibban. Jadi, tak kiralah samada lelaki mahupun perempuan, tua atau muda, miskin atau kaya, wajib baginya untuk menuntut ilmu yang menjadi warisan para nabi.

Macamana nak cari ilmu? Antaranya:

1. Membaca - buku, majalah, surat khabar, jurnal. dsb. Inilah suruhan yang pertama dari Tuhan untuk Rasulullah "Bacalah...".
2. Tengok TV - Berita, dokumentari, talk show...Jangan tengok drama atau kartun je.
3. Bergaul - dengan org2 yang banyak ilmu, yang dah berjaya, yang positif. Jangan bergaul dengan orang2 yang suka menabur fitnah, yang suka hentam sana hentam sini, kondem sana kondem sini tapi diri tak ke mana pun.
4. Attend training - Workshop ke, Seminar ke, Conference ke, Exhibition ke...Tak rugi bayar yuran untuk nak dapatkan ilmu yang boleh diguna seumur hidup (kalau digunakan la).
5. Internet - website2 atau blog2 yang memberi ilmu yang bermanfaat. Jangan tengok website porno je.


Coming up next: Jadilah pengguna siber yang bijak.

No comments: