Sunday 12 September 2010

Jadilah Pengguna Siber Yang Bijak

Posting ni aku buat sebab sejak penggunaan Internet semakin meluas, macam-macam informasi aku boleh dapat dengan senang. Nak tau apa translation sesuatu perkataan dah tak yah nak tengok kamus lagi. Klik je kat Internet. Nak tau resipi-resipi masakan, klik je kat Internet. Resipi asam tempoyak pun ada 63,700 paparan! Ha! Pilih je la yang mana satu idaman kalbu.

Masa Internet ni mula-mula berkembang dalam awal tahun 80-an, tujuan asalnya untuk mewujudkan satu rangkaian komunikasi global. Sejak tu Internet berkembang pesat sampai la ke hari ni. Tambah pulak sekarang dah ada i-Phone (Telefon pintar....Telefon pun pintar yaa..). Kat mana-mana (hatta di dalam bilik kecik sekalipun) dan pada bila-bila masa pun kita dah boleh melayari Internet, dah boleh hantar/terima emel dan dah boleh 'update' Blog...Cam aku neh.

Dah tentulah ada baik dan ada buruknya Internet ni kan. Yang penting, kita kenalah jadi pengguna Internet yang bijak. Macam 'Intelligence' yang terima maklumat dari agen dia...kena 'decipher' dulu kod maklumat tu, baru boleh faham apa yang sebenarnya tersirat. Gitu la lebih kurang.

Macamana nak jadi pengguna siber yang bijak?

1. Bila terima emel

Bila kita terima emel, telitilah dulu kandungan emel tu sebelum kita hantar pulak emel tu kepada kengkawan ataupun orang lain. Ada emel yang memang wajib kita 'forward'kan...ada emel yang harus kita 'forward'kan dan ada pulak yang tak sepatutnya kita 'forward'kan.

Contoh 1 : Emel memohon bantuan kewangan.
Selalunya hati kita mudah tersentuh bila dapat emel macam ni. Tapi pernah ke kita fikir...kekadang emel tu dah berpusing keliling dunia (in circulation) dah lama dan ada masanya orang yang mintak bantuan tu dah tak ada pun kat dunia ni. So, bila kita terima emel macam ni, perhatikan la dulu tarikh bila diorang minta pertolongan tu. Lebih baik kalau ada no tepon yang kita boleh hubungi. Tepon la dulu orang yang berkenaan dan tanyakan kesahihan emel tu. Kalau sahih emel tu betul dan orang tu memang perlukan bantuan, baru kita forward pada orang lain.

Contoh 2 : Emel tentang benda-benda yang entah buaya entah katak, entah betul entah tidak.
Selalunya kita mudah sangat terpedaya dengan emel-emel macam ni. Contohnya emel tentang haramnya sesuatu produk. Kalau tak ada rujukan yang sahih atau gambar-gambar yang jelas tentang perkara ni...elok la kita selidik dulu. Jangan terus forward kat orang. Kurang-kurang kita tepon dulu pengeluar produk tu...atau kita 'contact' Jabatan Agama di kawasan terbabit. Sebabnya sesetengah produk tu dikeluarkan kat luarnegara je. Walaupun jenama yang sama.

Contoh 3: Emel yang berbaur fitnah
Selalunya emel-emel macam ni memang cepat je jari kita nak klik dan hantar pada kengkawan. Terutamanya kalau fitnah tu pasal artis-artis atau ikon Malaysia. Sebelum kita klik 'Send' tu, kita pikir la dulu betul ke tidak apa yang ditulis dalam emel tu. Tah-tah emel tu dihantar oleh orang yang dengki...atau emel tu saja je nak main-main...Kan ke berdosa kita menyebarkan fitnah?? Walaupun ada gambar yang disertakan. Membuka 'aib orang tu adalah satu perbuatan yang sangat tak disukai Rasul.

2. Bila buat 'posting' dalam Blog

Blog ni sekarang memang tengah 'hype'. Orang buat Blog ada macam-macam sebab. Ada yang nak 'promote' bisnes dan produk dia; ada yang nak berkongsi pengalaman, pendapat dan pandangan; ada juga yang saja nak bersosial. Apa-apa pun sebab dan tujuannya, bila kita berBlog tu biarlah dengan penuh hemah dan beretika.

Sebagai empunya Blog
Sebelum kita buat posting untuk Blog kita tu, tentukan la dulu dari mana sumber informasi yang kita nak tulis dalam Blog kita tu. Jangan main 'cut and paste' dari tempat lain je. Kita kena ingat, orang yang baca Blog kita tu tak ada banyak masa pun nak buat penyelidikan dari mana sumber informasi tu. KECUALI...pembaca yang berfikir!

Sebagai pembaca
Kita kenalah jadi pembaca yang bijak. Jangan kita main telan je apa yang Blogger tu tulis. Kalau dia kata air Sungai Perak dah bertukar jadi merah...siap ada gambar sekali...kita pun percaya la bulat-bulat air Sungai Perak dah jadi merah. Satu keajaiban la kononnya. Padahal air sungai tu jadi merah sebab ada orang sembelih lembu kat tepi sungai tu.....dan darah lembu tu mengalir masuk dalam sungai! Contohnya...

Untuk jadi pengguna siber yang bijak, bila kita terima informasi dari emel atau Blog ni, kita tengok dulu tiga benda ni:

  • Ada tak bahan rujukan yang disertakan dalam emel/Blog tu. Bahan rujukan ni tak kiralah dari mana - buku/majalah/suratkhabar/Al-Quran ataupun Hadis. Rujukan ni pulak bukanlah semata-mata ditulis "Dipetik dari New Straits Times" tapi haruslah "Dipetik dari New Straits Times, m/s 20, 10 September 2010". Lengkap gitu...
  • Ada tak gambar disertakan dengan emel/posting Blog tu. Gambar-gambar tu mestilah yang benar (genuine) dan bukan yang dah di'edit' atau yang dah di'super-imposed'.
  • Untuk kesahihan haram sesuatu produk, ada tak surat rasmi dari pengeluar produk tu disertakan. Atau mungkin surat rasmi dari Jabatan Agama...ataupun Persatuan Pengguna Islam.
Apa yang penting?? Pikiiiirrr....dulu.

No comments: