Saturday 25 September 2010

Al-Kisah Kisah Dongeng Lebai Malang

Ni satu lagi kisah dongeng. Pasal sorang Lebai yang kononnya kalah bersabung ayam sampai tergadai kampungnya. Kisah ni pun mitos jugak. Ada tiga mitos dalam dongeng ni.

Mitos 1 : Untuk nak mengelakkan orang-orang kita dari berani mengambil risiko.
Sabung ayam masa dulu tu lebih kurang sama la macam kita berjudi sekarang ni. Berjudi tu satu simbol mengambil risiko. Sebab orang-orang yang suka berjudi ni memang suka ambik risiko kalah atau menang. Sebab tu ada yang sanggup bertaruh tinggi. Mana yang tak berapa berani tu, dia bertaruh sikit je.

Aku bukan ler nak galakkan korang berjudi pulak. Yang aku maksudkan ialah mengambil risiko tu. Selalunya kita ni takut nak ambik risiko sebab kita takut rugi, takut kalah, takut jadi miskin...dan takut tergadai body. Gitu ler..

Tapi kalau kita pikir-pikirkan, sekarang ni orang-orang yang berjaya tu semua adalah orang-orang yang berani ambik risiko. Bukan sikit punya risiko diorang ambik, tau. Juta-juta. Bak kata mak aku "High risk, high returns". Maknanya, makin tinggi risiko yang kita ambik, makin tinggi la pulangannya. So, kalau kita nak berjaya...kita kenalah berani ambik risiko yang tinggi. Kalau kita ambik risiko yang rendah, sikit je la pulangan yang kita dapat.

Mitos 2 : Buatlah kajian sebanyak mungkin
Lebai Malang tu berani ambik risiko yang tinggi. Sebab tu dia sanggup gadai kampung dia. Cuma silapnya si Lebai ni, dia tak buat preparation sebelum menyabung. Dia tak buat kajian dulu pasal dia punya 'opponent' tu. Sepatutnya dia buat kajian dulu, ayam baka apa yang 'opponent' dia guna; dah berapa kali 'opponent' dia menang atau kalah dalam bersabung; apa kelemahan dan kekuatan ayam 'opponent' dia tu.

Jadi, sebelum kita nak ambik risiko tu, kita buatlah kajian dulu. Contohnya, kalau nak jadi saudagar telur. Buat la kajian dulu tentang telur...tentang keadaan pasaran; gred-gred dan kualiti telur; macamana nak elakkan telur dari pecah, dsb. Itu satu contoh la. Contoh lain macam kita nak main saham. Kaji la dulu pasaran saham tu macamana; saham apa yang tengah naik, saham apa yang turun; saham apa yang berisiko tinggi dan apa yang rendah.

Yang lain tu korang pikir ler sendiri.

Mitos 3 : Lebai bersabung ayam?
Ini satu mitos yang pada aku, paling mengarutlah. Nampak sangat kisah dongeng ni cuba nak merendah-rendahkan status sorang Lebai. Kalau kat kampung, Lebai adalah sorang yang dihormati sebab ada pegangan agama. Tapi dalam kisah dongeng ni, Lebai ni sorang yang suka bersabung ayam, maknanya dia buat benda yang bertentangan dengan agama. So, korang pikirlah sendiri dari mana agaknya asal-usul kisah dongeng ni.

Aku pun malas nak cerita panjang.


No comments: