Friday 9 July 2010

Pelajaran (Education) - Bhg. 1

Sambungan kepada kisah hidup aku...kali ni berkisar kepada Pelajaran yang aku terima sejak aku masih kanak-kanak, sampailah aku menjadi seorang Graduanita. Aku terpaksa bahagikan kepada beberapa bahagian sebab in total aku dah belajar kat 3 sekolah rendah, 2 sekolah menengah & 1 institut pengajian tinggi. So, lebih kurang ada 6 bahagian la... Follow...jangan tak follow...

Pra-Sekolah

Aku dulu tak pernah bersekolah Tadika. Oleh sebab kedua mak ayah aku Cikgu, maka aku masuk 'sekolah tumpang'. Sekolah tumpang ni maksudnya aku belum cukup umur nak masuk Darjah 1, tapi aku tumpang jugak masuk kelas Darjah 1 kat sekolah tu. Kiranya masa tu umur aku baru 6 tahun la.

Aku bersekolah tumpang kat Sekolah Kebangsaan Relong, Kuala Lipis, Pahang. Kampung Relong ni sebenarnya kat tepi jalan je...antara Kuala Lipis dengan Gua Musang. Oooo...dah berdekad aku tak pernah pegi kampung tu. So, aku pun dah tak tau macamana rupanya. Jauh jugaklah sekolah ni dengan rumah aku. Sekolahnya kecik je...semua diperbuat dari kayu....masa tu ler. Seingat aku, ada dua blok yang mengadap antara satu sama lain. Kadang-kadang, Cikgu bawak kitorang belajar kat bawah pokok. Terutamanya sesi pembelajaran lukisan. Hmm...seronok!!

Aku hilang ingatan jugaklah tentang masa aku bersekolah di situ. Maklum ler...umur dah petang. Cuma yang aku ingat, tiap hari Isnin ada perbarisan kat padang sekolah. Bila dah habis perbarisan, semua murid dikehendaki mencabut kemuncup yang tumbuh kat padang tu. Bertempiaranlah murid-murid ni semua mencabut kemuncup dengan jayanya.

Kawan baik aku masa tu ialah Marini, yang lebih mesra dipanggil Nini. Dia ni anak Guru Besar sekolah tu. Rumah dia pun kat hujung padang tu je. Kekadang bila waktu rehat aku ikutlah dia balik ke rumah dia tu. Kalau mak ayah aku ada kelas tambahan ke...aku ge la lepak kat rumah dia sementara menunggu mak & ayah aku mengajar. Mak dia baik, ayah dia, walaupun seorang Guru Besar, pun baik juga.

Walaupun sekolah ni sekolah kampung, tapi aku masih ingat keramahan penduduk-penduduk kampung tu. Mak & ayah aku selalu bawak balik hasil tanaman yang diberi oleh penduduk di situ...melalui anak-anak diorang. Dan aku ingat ada satu masa tu diorang adakan satu majlis keramaian kat padang sekolah tu. Ramai la artis-artis yang datang buat persembahan. Semua orang tengok dari atas padang tu...So malam tu dah macam pesta la kat situ.

Last but not least, kat sini ler first time aku belajar perkataan 'ghoyat' yang selalunya digunakan oleh orang Kelantan yang membawa maksud 'cakap'. Contoh: "Mek nyer aok tak ghoyat ke poleh?" (Kenapa awak tak cakap pada Polis?)...

Hmm..tu je yang aku dapat ingat pasal sekolah tumpang aku neh. I wish I can remember more.



Gambar lencana ni aku dapat dari satu blog http://www.skrelong.blogspot.com/ yang dikendalikan oleh Puan Hajah Kamrosna bt. Ibrahim, yang sekarang sedang mengajar di situ.

Bersambung...

Akan Datang : Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford, Kuala Lipis

No comments: