Wednesday, 29 September 2010

The Swing


From the swing
I saw you the first time
And my heart stopped beating
And my life began to shine

On the swing
You sang me the song
To cheer me up
When I was down

At the swing
You knelted down
Eyes full of love and hope to bring
Proposing me to be your own
...Forever

Near the swing
The children grew
And days on days to come
They finally leave our happy home
To make on their own

On the swing
We sat in silence
Watching the darkness of night
Hand in hand
Tightly clasped
Seems to never let go again

On the swing
I'm waiting
For my time to be with you
My beloved, oh so true.

Saturday, 25 September 2010

Al-Kisah Kisah Dongeng Lebai Malang

Ni satu lagi kisah dongeng. Pasal sorang Lebai yang kononnya kalah bersabung ayam sampai tergadai kampungnya. Kisah ni pun mitos jugak. Ada tiga mitos dalam dongeng ni.

Mitos 1 : Untuk nak mengelakkan orang-orang kita dari berani mengambil risiko.
Sabung ayam masa dulu tu lebih kurang sama la macam kita berjudi sekarang ni. Berjudi tu satu simbol mengambil risiko. Sebab orang-orang yang suka berjudi ni memang suka ambik risiko kalah atau menang. Sebab tu ada yang sanggup bertaruh tinggi. Mana yang tak berapa berani tu, dia bertaruh sikit je.

Aku bukan ler nak galakkan korang berjudi pulak. Yang aku maksudkan ialah mengambil risiko tu. Selalunya kita ni takut nak ambik risiko sebab kita takut rugi, takut kalah, takut jadi miskin...dan takut tergadai body. Gitu ler..

Tapi kalau kita pikir-pikirkan, sekarang ni orang-orang yang berjaya tu semua adalah orang-orang yang berani ambik risiko. Bukan sikit punya risiko diorang ambik, tau. Juta-juta. Bak kata mak aku "High risk, high returns". Maknanya, makin tinggi risiko yang kita ambik, makin tinggi la pulangannya. So, kalau kita nak berjaya...kita kenalah berani ambik risiko yang tinggi. Kalau kita ambik risiko yang rendah, sikit je la pulangan yang kita dapat.

Mitos 2 : Buatlah kajian sebanyak mungkin
Lebai Malang tu berani ambik risiko yang tinggi. Sebab tu dia sanggup gadai kampung dia. Cuma silapnya si Lebai ni, dia tak buat preparation sebelum menyabung. Dia tak buat kajian dulu pasal dia punya 'opponent' tu. Sepatutnya dia buat kajian dulu, ayam baka apa yang 'opponent' dia guna; dah berapa kali 'opponent' dia menang atau kalah dalam bersabung; apa kelemahan dan kekuatan ayam 'opponent' dia tu.

Jadi, sebelum kita nak ambik risiko tu, kita buatlah kajian dulu. Contohnya, kalau nak jadi saudagar telur. Buat la kajian dulu tentang telur...tentang keadaan pasaran; gred-gred dan kualiti telur; macamana nak elakkan telur dari pecah, dsb. Itu satu contoh la. Contoh lain macam kita nak main saham. Kaji la dulu pasaran saham tu macamana; saham apa yang tengah naik, saham apa yang turun; saham apa yang berisiko tinggi dan apa yang rendah.

Yang lain tu korang pikir ler sendiri.

Mitos 3 : Lebai bersabung ayam?
Ini satu mitos yang pada aku, paling mengarutlah. Nampak sangat kisah dongeng ni cuba nak merendah-rendahkan status sorang Lebai. Kalau kat kampung, Lebai adalah sorang yang dihormati sebab ada pegangan agama. Tapi dalam kisah dongeng ni, Lebai ni sorang yang suka bersabung ayam, maknanya dia buat benda yang bertentangan dengan agama. So, korang pikirlah sendiri dari mana agaknya asal-usul kisah dongeng ni.

Aku pun malas nak cerita panjang.


Al-Kisah Kisah Dongeng Mat Jenin

Aku tak tau la samada generasi-generasi 80an ke atas pernah dengar tak kisah-kisah dongeng Pak Pandir, Lebai Malang, Si Luncai dan juga Mat Jenin. Mungkin ada yang pernah dengar dan mungkin juga ada yang pernah mendengar simpulan bahasa macam "Angan-angan Mat Jenin" dan "Si Luncai terjun dengan labu-labunya".

Baru-baru ni aku terbaca dalam satu suratkhabar...(dah lupa la pulak suratkhabar apa)...PM kita cakap "Jangan berangan seperti Mat Jenin". For once, aku tak setuju dengan saranan 'Orang No. 1 Negara' tu. Satunya, sebab aku rasa kisah pasal Mat Jenin tu tak lengkap. Keduanya, sebab bagi aku kisah Mat Jenin tu cuma satu Mitos.

Tak Lengkap
Sebab apa aku kata kisah Mat Jenin tu tak lengkap? Sebab dalam kisah tu, kononnya Mat Jenin mati jatuh pokok bila dia berangan terlebih sangat. Der...kalau Mat Jenin tu mati, macamana si pencerita tu tau yang Mat Jenin dok berangan kat atas pokok tu? Dan lebih lagi, macamana si pencerita tu tau APA yang diangan-angankan oleh Mat Jenin?

Ini maknanya Mat Jenin tu sebenarnya tak mati, der. Mat Jenin tu hidup lagi. Malah, dia tak jatuh pun dari pokok kelapa tu. Lepas dia berangan, dia tersedar dari angan-angan dia, lepas tu dia terus turun dari pokok tu untuk merealisasikan angan-angan dia tu. Tak lama kemudian, Mat Jenin jadi saudagar kelapa yang paling gah kat tempat dia....sampailah dia jadi kaya-raya.

Satu Mitos
Kisah Mat Jenin tu cuma satu mitos untuk nak mengelakkan kita...orang-orang Melayu ni, dari menyimpan cita-cita yang tinggi dan memajukan diri. Namanya kisah dongeng.... Dongengan sapa? Dongengan orang-orang yang tak nak orang-orang Melayu ni maju.

Cuba kita pikir...apa salahnya kalau kita berangan-angan? Tak salah, kan? Nak berangan jadi angkasawan ke, Mufti ke, Ahli Majlis Fatwa ke, usahawan yang paling kaya di Malaysia ke... Itu hak kita, apa. Minda kita ni adalah hak kita. So, buatlah apa yang kita nak dengan minda kita ni. Beranganlah...bermimpilah... Cumanya, bila kita dah berangan tu...kita kena usahalah untuk nak capai angan-angan kita tu.

Betul tak?? Lu pikirlah sendiri....(bak kata Nabil).


Wednesday, 22 September 2010

Sunday, 19 September 2010

It's been 41 years

I'd always love 20th September. Because on this day...back in 1969...I was born! Today, is already 41 years of my living. Wow! Time sure flies, huh?

Looking back to all those years, I feel grateful that my life has always been blessed with the good things. I have two great 'teachers' as my parents and three intelligent and bright brothers. Though I don't have any sisters, I don't feel it's a handicap. I'm proud, actually...to be the only daughter. I have a lot of cousin sisters...to fill in the gap.

Come to think of it, I was a happy child...a beaming teenager...a miserable adolescent and a not too happy adult. But I guess everyone's got their own share of life eh? Nonetheless, I am grateful for what has been given to me all these while.


But now that I have passed that 40 years' mark, I feel something is brewing inside. Some people say when you come to the age of 40, you would either change for the better or for the worse. I'm hoping that I will change for the better. Yes, I've made mistakes...I've erred. Not so much because I am human...but I am destined to. From those mistakes I learned to be a better human. I became who I am today. A bit wiser and a bit smarter, I guess.

If you ask me, the most unforgettable moment in my life was when I defied my mother to be with the one I love...and to found out that he was not who I thought he was. But Mak was still willing to accept me for my lack of judgement.

The memory that I was mostly fond of, is of course when I saw my baby coming out from my womb, for the first time. That 'thing' which I carried for 9 months. I felt the same when Rafique was born. The sole heir to the family of Rosli Asnawi. I think only those who have given birth could share the same sentimental feeling.

I am indeed grateful for all the blessings that Allah has given me. Most importantly, He is always there to help me find my way back to the right path. Thank You, Allah...for giving me the chance to breathe and walk on this earth as Your humble servant.

"Dear God, I thank Thee...for all the good things that you have given me all these while; for the health that You have bestowed upon me so that I could look after those under my care; for the strength to pick myself up after every 'battle'; for the sadness and sorrow...so that I will always treasure those happy moments; for the tests and endurance...to make sure that I will always come back to the right path. And I thank Thee...for giving me the chance to live as a Muslim...Please allow me to go back as a Muslim too. A better one, that is.

God...please forgive me for all the sins that I have done to Thee...to all human kinds...and to all living things. Please forgive me for all the wrong doings that I have committed, be it in my actions, my words or my writings. I know You will never give up on me. Only to Thee, I ask for forgiveness, only to Thee I seek for guidance and only to Thee I put on my hope. For You are Most Gracious and Most Merciful. Amiiin Ya Rabbal'alamiiinnn".

And I'd take this opportunity to pen my apologies to my family, my friends and all my Blog readers...should you feel offended by my writings or by me, personally. Sometimes they are not intentional...but sometimes they are.

Sincerely,

Zade