...dan sebab dulu aku rajin gak ge Singapore atas urusan keja, kerap la jugak bawak balik duit yang tak habis di-spender-kan tu. Nak tukar balik ke RM macam tak berbaloi jek. Tapi tengok ler, agak2 tersedak esok boleh juga kan?
Ini koleksi payung, yang dia sendiri mulakan. Agaknya sebab tempat keja kitorang tu dulu suka benor bagi payung kat staf, sampai dah ada beberapa kaki kat rumah. Akhirnya dia pun memulakanlah hobi mengumpul payung neh. So kalau ada sesapa tau kat memana ada jual payung souvenir, meh ler bagitau kat aku. Nanti aku kabor kan kat dia.
Ada hobi yang tak memerlukan duit banyak...ada hobi yang memerlukan duit. Ikut kederat sendirilah. Kalu dah poket tu tak cukup gemuk...janganlah memandai nak menjadikan arena golf tu sebagai hobi anda. Lain ler kalu anda nak bergesel-gesel bahu dengan ahli-ahli korporat atau para jutawan, hartawan dan merawan tu. Jangan sampai kena sawan udah ler.
Pada yang bebaru nak ada hobi, apa yang perlu anda lakukan ialah fikir tentang perkara2 ni:
1. Apa minat anda.
Jangan buat sesuatu yang tidak anda minati. Contohnya anda mengambil hobi memasak semata-mata sebab nak bodek awek atau bakal mak mertua. Kalau buat macam tu memang ler hobi tu tak lama. Percayalah.
2. Apa kemampuan anda.
Macam yang aku kata tadi, ikut kederat (kemampuan) diri. Kalau agak-agak duit tak cukup tapi minat giler dengan sesuatu tu...berpada-padalah. Contohnya anda minat kereta remote control. Start la dengan model yang sempoi-sempoi dulu. Sikit-sikit simpan ler duit untuk nak beli yang lebih canggih.
3. Berapa lama masa yang anda boleh spend untuk hobi anda.
Kalau hobi tu menuntut masa anda yang agak banyak...anda kena la pikir samada anda boleh teruskan hobi tu atau tidak. Contohnya hobi anda ialah membuat kek. Tapi disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah, anda tak boleh nak spend masa yang banyak untuk membuat eksperimen. Kenalah pandai-pandai membahagikan masa. Mungkin buat over the weekend je ke...
Masa aku tengah ghairah dengan hobi aku buat cross-stitch dulu, aku santap berjaga sampai pukul 3, 4 pagi nak siapkan projek tu. Ada satu cross-stitch gambar air terjun yang berukuran lebih kurang 3 kaki, aku buat dalam masa 6 bulan. Sampai mata yang dah rabun ni jadi lebih rabun.
4. Sokongan dari ahli keluarga & sahabat handai
Menceburkan diri secara serius dalam sesuatu hobi tu mestilah kena dapat restu dari keluarga dulu...Contohnya hobi anda bermain gitar letrik. Kalau ahli keluarga tak support...camana nak nak goreng-menggoreng gitar letrik baru tu kat dalam rumah, kan? Kalau family support...kan senang cerita. Tapi kena lah give and take juga kan. Takkan ler tetengah malam, time diorang dah nak tido anda masih lagi nak goreng-goreng.
Itulah sebahagian yang aku boleh kongsi buat kali ni. Dan aku sangat-sangat menyarankan agar anak-anak muda sekarang ni mula mencari hobi untuk mengisi masa lapang. Supaya nanti tidaklah masa kita tu terbuang begitu sahaja.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment