Monday, 31 May 2010
It's Different
The Making of JB Anthology
I had the privilege of joining the above workshop earlier today. It was organised by JOHO, a community set-up meant for budding artists in Johor. It was sort of an eye-opener for me, a newbie in writing. And it was facilitated by Amir Muhammad, a Film Director, writer and publisher.
It was indeed a pleasure being with some very creative people during the workshop...youngsters...and I was the 'youngest' of 'em all! It was...fun. He he...
Check this out...a certificate!! Hoo hooo....
I would strongly urge young Johoreans, especially, to join this community group called JOHO.
Sunday, 30 May 2010
About 'Would You Dance'
Would You Dance...
Would you take me by the hand
Saturday, 29 May 2010
The Terminal
Friday, 28 May 2010
Life and it's analogies
So...make some yummy-licious Asam Pedas & Sambal Tumis today!
I dreamed a dream
Wednesday, 26 May 2010
Apa Hobi Anda (Bhg 3)
...dan sebab dulu aku rajin gak ge Singapore atas urusan keja, kerap la jugak bawak balik duit yang tak habis di-spender-kan tu. Nak tukar balik ke RM macam tak berbaloi jek. Tapi tengok ler, agak2 tersedak esok boleh juga kan?
Ini koleksi payung, yang dia sendiri mulakan. Agaknya sebab tempat keja kitorang tu dulu suka benor bagi payung kat staf, sampai dah ada beberapa kaki kat rumah. Akhirnya dia pun memulakanlah hobi mengumpul payung neh. So kalau ada sesapa tau kat memana ada jual payung souvenir, meh ler bagitau kat aku. Nanti aku kabor kan kat dia.
Ada hobi yang tak memerlukan duit banyak...ada hobi yang memerlukan duit. Ikut kederat sendirilah. Kalu dah poket tu tak cukup gemuk...janganlah memandai nak menjadikan arena golf tu sebagai hobi anda. Lain ler kalu anda nak bergesel-gesel bahu dengan ahli-ahli korporat atau para jutawan, hartawan dan merawan tu. Jangan sampai kena sawan udah ler.
Pada yang bebaru nak ada hobi, apa yang perlu anda lakukan ialah fikir tentang perkara2 ni:
1. Apa minat anda.
Jangan buat sesuatu yang tidak anda minati. Contohnya anda mengambil hobi memasak semata-mata sebab nak bodek awek atau bakal mak mertua. Kalau buat macam tu memang ler hobi tu tak lama. Percayalah.
2. Apa kemampuan anda.
Macam yang aku kata tadi, ikut kederat (kemampuan) diri. Kalau agak-agak duit tak cukup tapi minat giler dengan sesuatu tu...berpada-padalah. Contohnya anda minat kereta remote control. Start la dengan model yang sempoi-sempoi dulu. Sikit-sikit simpan ler duit untuk nak beli yang lebih canggih.
3. Berapa lama masa yang anda boleh spend untuk hobi anda.
Kalau hobi tu menuntut masa anda yang agak banyak...anda kena la pikir samada anda boleh teruskan hobi tu atau tidak. Contohnya hobi anda ialah membuat kek. Tapi disebabkan tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah, anda tak boleh nak spend masa yang banyak untuk membuat eksperimen. Kenalah pandai-pandai membahagikan masa. Mungkin buat over the weekend je ke...
Masa aku tengah ghairah dengan hobi aku buat cross-stitch dulu, aku santap berjaga sampai pukul 3, 4 pagi nak siapkan projek tu. Ada satu cross-stitch gambar air terjun yang berukuran lebih kurang 3 kaki, aku buat dalam masa 6 bulan. Sampai mata yang dah rabun ni jadi lebih rabun.
4. Sokongan dari ahli keluarga & sahabat handai
Menceburkan diri secara serius dalam sesuatu hobi tu mestilah kena dapat restu dari keluarga dulu...Contohnya hobi anda bermain gitar letrik. Kalau ahli keluarga tak support...camana nak nak goreng-menggoreng gitar letrik baru tu kat dalam rumah, kan? Kalau family support...kan senang cerita. Tapi kena lah give and take juga kan. Takkan ler tetengah malam, time diorang dah nak tido anda masih lagi nak goreng-goreng.
Itulah sebahagian yang aku boleh kongsi buat kali ni. Dan aku sangat-sangat menyarankan agar anak-anak muda sekarang ni mula mencari hobi untuk mengisi masa lapang. Supaya nanti tidaklah masa kita tu terbuang begitu sahaja.
Wassalam.
Tuesday, 25 May 2010
Apa Hobi Anda (Bhg 2)
Koleksi sampul duit raya. Idea nak kumpul sampul duit ni datangnya bila aku tengok sampul duit ni cantik-cantik tapi sayang, bila dah diambil duitnya, budak-budak koyak dan buang je sampul ni. So aku kutip & koleksikan. Semua ni aku tampal dalam fail Clear Folder. So kalau korang datang rumah aku, tengok ada fail macam ni, janganlah segan-segan nak selak. Bukan ada sijil-sijil aku kat dalam tu ya...
Yang ini koleksi caca-merba. Start off dengan door gifts yang aku dapat masa annual dinner company. Daripada situ, sikit-sikit aku mengumpul. Macam-macam ada...kipas tangan, pen, jam meja & jam tangan (yang dah kiokk), alas gelas, bekas pensil dan bermacam lagilah. Tin Holland yang nampak dalam gambar ni ialah tin coklat yang memang sengaja aku beli sebab nakkan tin tu.
Apa Hobi Anda?
Ini koleksi novel-novel favourite aku. Koleksi aku yang pertama ialah novel-novel Sydney Sheldon. Dalam banyak-banyak ni, paling aku suka ialah 'Papillion'...kisah benar sorang bekas banduan yang cuba melarikan diri dari penjara.
Ini koleksi buku akademik & bantu-diri (self-help). Kita kena pelbagaikan juga bahan bacaan supaya otak kita berkembang & pemikiran pun jadi semakin matang.
Ini koleksi buku anak-anak aku. Ada antara buku-buku yang aku beli sejak bertahun dulu, terutamanya buku koleksi Walt Disney tu...
2. Melukis
Ini satu hobi yang memang aku suka masa dulu. Sebab bila aku melukis, aku akan jadi 'ralit' dan semua rasa resah, gelisah, tension, stress...akan hilang begitu saja. Melukis ni juga akan mendidik kita untuk menjadi seorang yang penyabar.
Ini ler satu-satunya alat muzik yang aku ada. Pun tak pernah kesampaian nak belajar. Nampak gaya kena hantar Atiqah atau Rafique ler, untuk menyambung impian aku yang tak kesampaian ni...
Ini la rupa air sungai di Sungai Marong, Taman Negara Endau-Rompin. Kalau korang nak ber'jungle-trekking'...ini satu tempat yang diwajibkan pegi!
Naik bot menyusuri sungai Pahang...menuju ke Taman Negara Pahang. Satu pengalaman yang sangat menakjubkan.
Pengalaman memanjat air terjun Jelawang kat Kuala Kerai, Kelantan. Perghhh...pancit, beb! Tapi menarik, sebab ini kali pertama aku join group trekking ni yang semuanya otai-otai.
6. Bersukan
Sukan ni ada macam-macam jenis. Bukannya sukan bola & belapan je. Aku dulu aktif gak bersukan ni, esp netball & acara padang. Tapi sejak dah beranak-pinak ni, dah tak aktif lagi dah. Aku tak nafikan, bersukan ni memang satu hobi yang sangat bagus...menyihatkan badan!
Berbasikal...dah ramai gak member2 aku yang ada hobi neh. Aku rasa sukan ni memerlukan tahap disiplin tinggi sebab nak kena bangun pagi & nak kena ge training selalu. Aku pernah gak la beli beskal tapi skang neh dah boleh buat scrap metal, beb. Hu hu hu...
Cheerleading...ni tengah top kat sekolah2 kan...Bagus ni sebab selain dari menyihatkan badan, dapat memupuk semangat berpasukan & juga kesukanan.
Scateboarding...ni sukan lasak yang memang aku suka tengok. Bukan senang nak buat dia punya move semua tu...kena ada skill gak tu.
7. Membuat Koleksi
Part ni aku kena share dalam post lain, sebagai bab koleksi ni ada pelbagai yang aku boleh share dengan korang. Sabar ya...
Ada banyak lagi hobi-hobi lain yang korang boleh buat. Contohnya memasak, menari (skang nih tengah hot dengan tarian 'shuffle') dan menulis. Yang penting hobi tu boleh meningkatkan daya kreativiti dan daya imaginasi korang semua. Dan lebih bagus kalau hobi-hobi ni semua boleh mendatangkan sumber pendapatan alternatif. Sekarang ni memang dah nampak, ramai yang dapat income dari hobi-hobi diorang...tengok aje la blog-blog yang ada tu. Jual cupcake la...jual art works la...jual blanket la...
Kalau korang rasa stress, depress, kesepian, kesunyian...aku advice korang to take up a hobby. Serious aku cakap... Lama-kelamaan korang akan rasa rileks. At times, hobby tu akan menjadi satu kegilaan pulak. Tapi kalau jadik macam ni, jangan la salahkan aku plak eh...
So, selamat berhobi!
Sunday, 23 May 2010
Selingan Lagi...
Aku ada dua posting yang nak dikongsikan sebenarnya tapi masa belum mengizinkan nak buat uploading. So buat sementara ni aku nak share sikit experience aku dengan Rafique, anak aku yang bongsu...
Malam tadi aku sibuk buat filing untuk koleksi poskad, kad raya & kad ucapan aku. Masa tu aku dah asing-asingkan semuanya ikut kategori. Then aku stop, aku layan Facebook. Dia pun datang sibuk-sibuk kat meja tu. Aku tanya dia buat apa...dia kata "Ummi ni sepahlah. Ni adik nak mash (adik nak kemas)". So inilah hasil dia mengemas....Duhhh...
Hari pun dah lewat...aku tak larat nak kemaskan balik. Pagi ni ler baru boleh settlekan.
Saturday, 22 May 2010
Selingan...
Kisah 1
Matanya kuyu menahan asyik. Suatu keluhan kecil terpancul dari mulutnya yang agak ternganga itu. "Aaahhh...". Dia semakin tidak tahan. Geli-geleman seluruh tubuhnya. Naik bulu-bulu romanya kerana keghairahan. "Uuuhhh...", dia mendesah. Semakin dalam tujahannya semakin asyik. Namun kemudiannya apabila dia menyedari ada mata yang melihat, dia terpaksa berhenti. Dia merasa agak terkilan...tengah syok, terpaksa berhenti la pulokkk. Tapi apakan daya....hajatnya tidak mungkin akan kesampaian.
Apa pulak kata orang nanti, seorang eksekutif yang berpakaian segak mengorek hidung di tengah khalayak! Ceh...sungguh kurang sopan, kan?
Kisah 2
Dia menaiki tangga perlahan-lahan. Hatinya tidak keruan. Suara lelaki itu jelas kedengaran. "Siapa pulak dalam rumah aku ni?" getus hatinya. "Ros ni bawak jantan balik rumah ke??" geromalnya lagi. Sesampai di atas, dia memasang telinga di luar pintu bilik Ros. "Bang...tarik pelan-pelan, bang. Sakit! Aaahhh..." mendayu suara Ros didengarinya. Hatinya semakin berdebar-debar. "Sabarlah sayang...tahan sikit je. Lubang ni kecik...dah masuk dalam sangat ni. Abang cuba tarik pelan-pelan ya", suara lelaki itu menerjah ke dalam telinganya. Matanya buntang mendengar suara lelaki itu. Sah! Si Ros ni buat maksiat dalam rumah! Lalu dia pun menerkam masuk ke dalam bilik Ros. Kemudiannya dia ternganga...
Ros berada di dalam toilet, dengan sebelah kakinya berada di dalam lubang toilet tu. Ikram, buah hati si Ros pula sedang melutut di lantai, cuba untuk menarik keluar kaki Ros. Mereka terperanjat dengan kehadirannya yang secara melulu itu. Dia kemaluan sendiri....
Gambar gajah ni sekadar hiasan. Tak ada kena-mengena pun dengan dua kisah ni...
(Itulah...lainkali jangan suka buruk sangka dengan orang...)
Originally by: Yours Truly, Zade.